Hujung minggu yang membosankan. Disebabkan hati yang tidak tenang, kami mengambil keputusan untuk menjelajah tempat baru iaitu SS15. sejak kami tiba di Kuala Lumpur, tempat tersebut merupakan salah satu tempat yang kami ingin pergi sejak minggu orientasi lagi.
Kami menggunakan kemudahan awam untuk ke sana dengan harapan kami dapat menjimatkan duit 🤣🤣🤣
Setelah sampai di sana, kami tersungkur melihat keindahan syurga makanan di sana. Pelbagai jenis makanan yang dapat kami lihat dan terokai. Oleh kerana kesuntukkan masa dan wang 🤠kami mengambil keputusan untuk menjejakkan kaki kami ke MYKORI DESSERT CAFE yang menawarkan pelbagai pemanis mulut berasaskan ais dalam adaptasi jepun. Berikut kami mengepilkan beberapa gambar apabila kami berada di MYKORI.
Kami telah memesan tiga jenis pencuci mulut iaitu 'Strawberry Cheesecake Kakigori', 'Watermelon Kakigori' dan 'Chocolate Banofee Kakigori'. Semuanya rasa sangat sedap dan segar seperti bermandi manda di air terjun.
Kami telah memesan tiga jenis pencuci mulut iaitu 'Strawberry Cheesecake Kakigori', 'Watermelon Kakigori' dan 'Chocolate Banofee Kakigori'. Semuanya rasa sangat sedap dan segar seperti bermandi manda di air terjun.
![]() |
| Sumber: Koleksi gambar penulis |
![]() |
| Sumber: Koleksi gambar penulis |
Seterusnya, apabila kami ingin mengeluarkan diri kami dari tempat itu, kami terserempak dengan encik XING FU TANG 😶 hahahahaha... Generasi kini sangat dikaburkan dengan minuman-minuman yang dipanggil sebagai "bubble tea" dan Xing Fu Tang merupakan antara pengedar terbesar minuman tersebut di Malaysia.
Setelah beratur selama 30 minit akhirnya kami dapat juga merasa air bubble tea yang menjadi popular dalam kalangan generasi kini.


Sumber: Koleksi gambar penulis
Sumber: Koleksi video penulis
Rasanya yang sungguh enak dan penuh dengan kemanisan gula merah menarik perhatian kami untuk menghabiskan minuman tersebut.
Jelajah kami pada hari tersebut telah sampai ke penghujungnya, masa menunjukkan pukul 5 petang dan kami mula melabuhkan tirai dan pulang semula ke IPGKBA 😔😔
Daripada hari ini, kami dapati bahawa kami perlu sentiasa berjimat cermat dengan wang yang ada. Namun begitu, Ia merupakan satu kenangan yang manis yang kami akan ingat buat selama lamanya 🥳🥳


No comments:
Post a Comment