Monday, September 23, 2019

Jelajah SS15


Hujung minggu yang membosankan. Disebabkan hati yang tidak tenang, kami mengambil keputusan untuk menjelajah tempat baru iaitu SS15. sejak kami tiba di Kuala Lumpur, tempat tersebut merupakan salah satu tempat yang kami ingin pergi sejak minggu orientasi lagi. 

Kami menggunakan kemudahan awam untuk ke sana dengan harapan kami dapat menjimatkan duit 🤣🤣🤣 


Setelah sampai di sana, kami tersungkur melihat keindahan syurga makanan di sana. Pelbagai jenis makanan yang dapat kami lihat dan terokai. Oleh kerana kesuntukkan masa dan wang 🤭 kami mengambil keputusan untuk menjejakkan kaki kami ke MYKORI DESSERT CAFE yang menawarkan pelbagai pemanis mulut berasaskan ais dalam adaptasi jepun. Berikut kami mengepilkan beberapa gambar apabila kami berada di MYKORI.

Kami telah memesan tiga jenis pencuci mulut iaitu 'Strawberry Cheesecake Kakigori', 'Watermelon Kakigori' dan 'Chocolate Banofee Kakigori'. Semuanya rasa sangat sedap dan segar seperti bermandi manda di air terjun.


Sumber: Koleksi gambar penulis

Sumber: Koleksi gambar penulis


Seterusnya, apabila kami ingin mengeluarkan diri kami dari tempat itu, kami terserempak dengan encik XING FU TANG 😶 hahahahaha... Generasi kini sangat dikaburkan dengan minuman-minuman yang dipanggil sebagai "bubble tea" dan Xing Fu Tang merupakan antara pengedar terbesar minuman tersebut di Malaysia.
Setelah beratur selama 30 minit akhirnya kami dapat juga merasa air bubble tea yang menjadi popular dalam kalangan generasi kini.


                  
 Sumber: Koleksi gambar penulis


Sumber: Koleksi video penulis

Rasanya yang sungguh enak dan penuh dengan kemanisan gula merah menarik perhatian kami untuk menghabiskan minuman tersebut.

Jelajah kami pada hari tersebut telah sampai ke penghujungnya, masa menunjukkan pukul 5 petang dan kami mula melabuhkan tirai dan pulang semula ke IPGKBA 😔😔 

Daripada hari ini, kami dapati bahawa kami perlu sentiasa berjimat cermat dengan wang yang ada. Namun begitu, Ia merupakan satu kenangan yang manis yang kami akan ingat buat selama lamanya 🥳🥳

Tuesday, September 17, 2019

Sambutan Hari Jadi @ Kfry

Tarikh di kalendar menunjukkan 4 Ogos 2019. Tarikh ini merupakan hari jadi Asha, selepas saya pada 3 Ogos 2019. Disebabkan kita bosan, kami pun apa lagi, buatlah tempahan dekat Kfry KLCC.

Hmm.. Nak order apa ya?? Semua sedap... Meleleh air liur kami.


Sumber: Koleksi gambar penulis

Selepas hampir sejam berfikir- eh 10 minit je sebenarnya.

Kami pun sebulat suara untuk pesan tiga jenis makanan.

1. K'razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk

Sumber: Koleksi gambar penulis


2. Kimgaru Fries

Sumber: Koleksi gambar penulis

3. Mango Bingsoo

Sumber: Koleksi gambar penulis

Mmmmm.... nampak sedap bukan semua? 


nak tengok ayam dibalut?


Sumber: Koleksi gambar penulis

terliur kami melihatnya 😂😂😂😂😂

Sumber: Koleksi gambar penulis

Inilah kedua-dua gadis yang diraikan pada hari tersebut. Akhir sekali, kami telah mempelajari bahawa mengeratkan tali persahabatan itu sangat penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, kami telah mengeratkan hubungan kami dengan makan bersama. 😄